Glitter Words
This blog is still under construction & the business is in progress. I will upload all items once everything is ready okay :) Please don't hesitate to come again.

Thank you for visiting us!

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Berjalan kaki pun bermanfaat..

Ramai wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.


Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

Berat Badan Stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan Berat Badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan laju secara rutin.

Elak Serangan Jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.

Angin Ahmar Atau Strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.

Mencegah Kencing Manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan)

Mencegah Osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan Sakit Lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.


**sumber drpd Berita Minggu

1 comment:

  1. benar kata2 kak jihan...berjalan adalah salah 1 aktivitinya..kdg2 kte anggap hidup kte mesti workout dgn areobics...no la..yg ptg kte bergerak & keluarkan peluh

    ReplyDelete